twitter

Pembentangan - 6 April 2012


Penulisan Kerja Projek adalah seperti berikut:

1. Kajian Tindakan 1  (ROSNANI BT SAID FIKRI)

2. Kajian Tindakan 2  (KUNASUNDARI A/P NALASAMY)

3. Kajian Tindakan 3  (NURUL ROZAIDA ZAINAL ABIDIN & FARHAN NASHRAH BT FUDZIL)


     Artikel School Culture oleh Andrew D. Kitchenham menyatakan bahawa setiap organisasi ada budaya , sejarah dan harapa yang tidak tertera dalam membentuk setiap perkara di dalam sekolah. Budaya sekolah mempengaruhi cara orang berfikir, perasaan dan berkelakuan. Memahami bentuk budaya adalah kunci kejayaan sekolah dalam promosikan staf dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
     Apabila sekolah mempunyai budaya profesionalisme positive, seseorang mendapati perkembangan staff yang positif, perubahan kurikulum yang Berjaya dan penggunaan persembahan murid yang baik.
     Sekolah yang mempunyai budaya kerja yang negative akan menyebabkan sekolah tersebut tidak tentu hala dan tidak akan dapat menghasilkan murid yang berwibawa dan akan terjerumus dalam gejala sosial kerana di sekolah mereka tidak dibentuk dengan budaya yang positive dan juga tanpa panduan yang betul.
     Perkembangan staff : staff perlu berinteraksi antara satu sama lain dalam membina idea bagi pembentukan murid yang Berjaya. Bekerja secara kolabratif akan membina semangat di kalangan guru untuk bekerja ke arah kejayaan.
     Pemimpin juga perlu mengamalkan nilai-nilai moral dalam menjalankan tugas harian. Mereka boleh membentuk budaya, sikap dan tradisi di sekolah tersebut supaya semua orang boleh mencontohinya.


     Artikel School Culture : The Hidden Curriculum ditulis oleh Craig D. Jerald. Menurut penulis apabila berjalan masuk ke dalam sebuah sekolah yang terbaik dengan segera satu suasana aman,seronok dan vibrant sense akan didapati. Murid-murid akan menjalankan aktiviti mereka dengan sendiri. Guru-guru membincangkan hal tugas masing-masing. Guru dan murid berada dalam keadaan gembira. Sekiranya semua orang tahu siapakah mereka dan mengapakah mereka berada di situ, dan murid dan staf saling hormat menghormati antara satu sama lain.
     Ramai pendidik beranggapan sekolah yang efektif adalah sekolah yang selamat dan ada yang mengatakan menyediakan satu suasana atau persekitaran yang aman dan kondusif. Satu situasi aman atau positive tidak wujud sekiranta tiada keganasan, masalah disiplin dan geng. Yang paling penting adalah memotivasi murid untuk bekerja keras ke arah tujuan umum.
     Budaya sekolah tidak melambangkan murid sahaja malah juga staf. Guru dan pemimpin sekolah perlu bekerja untuk membina norma positive terhadap kerja sendiri. Apabila guru percaya mereka sedang bergerak kea rah mencapai hasil yang positive maka mereka akan bekerja secara kolabrative untuk mencapai hasil tersebut. Membina budaya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat dalam semalaman.
     Organisasi juga perlu ada visi dan misi yang perlu diamalkan di sekolah. Kekuatan budaya bergantung kepada tindakan, tradisi, simbol, majlis dan upacara yang membawa kea rah mencapai visi.


     Kajian ke atas tajuk Ethnomathematics – a rich cultural diversity dijalankan. Matematik mutlak disepadukan dengan tamadun barat, yang menakluk dan menguasai seluruh dunia. Ini menjadikan ethnomatematik disiplin yang agak luar biasa kerana ia cuba untuk meld sains dan keadilan social. Ini bukanlah sesuatu yang duduk selesa dengan banyak saintis. Sesetengah pendidik mengatakan bahawa pengajaran matematik menggunakan pendekatan ethnomatematik mengurangkan kira-kira matematik sebenar.
     System pengiraan berdasarkan unit 5 dan 20 adalah matematik umum yang digunakan di Papua New Guinea. Terdapat 800 bahasa yang berbeza dengan system pengiraan pelbagai perkataan nombor asas. Matematik digunakan oleh budaya yang berbeza untuk aktiviti di samping untuk mengira. Sebagi contoh, beberapa matematik asas telah memastika kelangsungan hidup rakyat orang Asli di persekitaran sering bermusuhan Australia untuk sekurang-kurangnya 50,000 tahun. Beberapa contoh matematik tradisional termasuk mengira dalam system bukan perpuluhan, pengiktirafan corak dalam hubungan antara puak=puak dan kalender yang berdasarkan perubahan semula jadi dalam alam sekitar.
     Orang Papua new Guinea ini dapat menadaptasikan matematik dalam kehidupan mereka bukan datang dari sekolah malah ia adalah dari turum temurun. Ethnomatematik dan matematik tidak boleh dipisahkan. Walaupun sesetengah pihak berpendapat system kuno matematik tidak relevan hari ini namun kegunaannya masih wujud. Jadi kita tidak boleh mengabaikan ethnomathemathic.


     Satu kajian dibuat oleh Cheryl Ernst, Ethnomathematics Shows Students Their Connections to Math dimana penulis tidak suka matematik sedangkan penulis bekerja sebagai ahli matematik. Pada ketika itu mujur ada seorang guru yang berpengaruh di sekolah yang menyedarkannya matematik bukan apa yang dipelajari di dalam kelas sahaja, malah lebih daripada itu.
     Baru-baru ini penulis telah pergi spearfishing bersama rakan-rakan dimana beliau dapat melihat banyak konsep matematik di setiap tempat. Hari ini sebagai seorang pembantu professor matematik di Universiti Hawaii-BaratO’athu, beliau membantu pelajar benci-matematik melihat hubungan dan aplikasi matematik dengan semangat yang sama. Usaha beliau dalam menggunkan dan berkongsi satu konsep yang dipangggil ethnomathemathics.
     Adalah penting bahawa pelajar tahu apa yang ditulis dalam buku teks kerana ia mengandungi maklumat penting.  Bagaimanapun, tidak kurang kritikal bagi pejalar kita memahami dan sedar bahawa nenek moyang mereka telah belayar beribu-ribu batu merentasi Lautan Pasifik tanpa apa-apa jenis alat dan pelayaran moden.  Nenek moyang mereka menggunakan matahari, bulan, bintang, angin air pasang, corak burung berhijrah dan banyak lagi. Mereka tidak dipanggil ahli sains atau ahli matematik. Sebaliknya dipanggil pelayar dan nelayan.
     Ethnomathematics mempunyai identity unik dan cirri-ciri setiap pelajar. Mereka mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam kelas matematik. Kita perlu melakukan sesuatu atau semua yang kita mampu untuk menyokong mereka.


     Satu kajian telah dijalankan oleh Milton Rosa dan Daniel C.Orey tentang Symmetrical freedom quilts: the ethnomathematics of ways of communication, liberation, and art. Kajian ini menceritakan penjelajahan dalam simetri menyediakan satu peluang yang unik untuk mengajar murid untuk melihat dunia di sekeliling mereka. Adalah penting untuk berkongsi contoh yang banyak dalam simetri yang berlaku dalam pelbagai budaya supaya murid-murid mengembangkan nilai penghargaan.
     Quilt adalah kain penutup tilam yang dibuat dari dua keping kain yang diisi kapas dan lain-lain dan dijahit bercorak –corak pada seluruhnya. Pada zaman dahulu, Railroad bawah tanah telah dianjurkan oleh bekas hamba, dibebaskan orang kulit hitam dan putih bersimpati untuk hamba untuk mencari tempat tinggal, makanan, air minuman, tempat persembunyian yang selamat dan selamat laluan untuk mengikuti kerana mereka berpindah ke negeri-negeri bebas dari utara. Hamba mengikuti simbol pada quilt kebebasan yang digantung pada siang hari untuk member bimbingan, arahan atau bahaya yang menanti di hadapan. Ini keadah komunikasi yang amat berkesan. Selimu digantung dengan barangan lain akan disiarkan supaya kebanyakan orang percaya bahawa quilt adalah hanya sejenis katil-penutup yang diperlukan untuk disiarkan. Walaubagaimanapun, untuk orang-orang yang tahu bagaimanapun untuk mengenalpasti kod rahsia dalam corak selimut, ini bermakna perbezaan di antara hidup atau mati.
     Quilt, walaupun sejenis kain namun ia digunakan untuk mewakilkan simbol. Corak pada selimut dijadikan sebagai panduan untuk diikut oleh hamba atau orang lain bagi menyelamatkan diri sendiri atau orang lain. Corak simetri yang terdapat pada kain akan menerangkan fungsi kain itu. Matematik dapat diamalkan walaupun melibatkan sehelai kain yang kecil dan berwarna-warni.


     Satu kajian dibuat oleh Thomas Varghese dan Daniel P.McCusker bertajuk On Globalization and Ethnomathematics. Kajian itu berasaskan masyarakat India yang menggunakan matematik dalam kehidupan seharian walaupun mereka tidak pernah ke sekolah. Tidak kira tua atau muda, mereka boleh menggunakan matematik secara bebas tanpa bantuan sesiapa. Pengkaji juga mengkaji pengaruh matematik dalam kehidupan mereka. Ada di antara orang dewasa yang tidak pernah ke sekolah untuk mengikuti kurikulum sekolah namun, mereka boleh menamakan pecahan mengikut bahasa masing-masing.
     Menurut O’Donoghue kehidupan seharian dan aktiviti masyarakat diabaikan oleh pengkaji pengajian matematik sebagai sebahagian daripada pembangunan pengetahuan matematik dan kegunaannya. Kurikulum yang menekankan budaya tempatan supaya dapat diintegrasikan pengetahuan dan kemahiran baru matematik. Masyarakat India menggunakan matematik harian dalam mengira, menyatakan lokasi, mengukur, mereka bermain dan menerangkan. Pada masa yang sama, pantun, teka-teki, permainan dan lagu berkaitan nombor wujud dalam kehidupan masyarakat biasa.
Kolam, lukisan bunga beras  dilikis oleh perempuan Tamil adalah satu contoh terbaik penggabungjalinan bentuk geometri.  Satu lagi amalan adalah permainan tradional ‘pallangguzhi’ ataupun dipanggil congkak.
     Daripada kajian di atas saya mendapati matematik digabungjalinan dalam kehidupan seharian. Walaupun mereka tidak mempelajarinya di sekolah, daripada pemerhatian atau bergaul dengan orang dewasa mereka mempelajarinya daripada ibubapa secara turun temurun. Oleh itu, matematik tidak dapat dipisahkan daripada penggunaan harian mahupun penggabungjalinan dengan bidang-bidang lain seperti permainan, anggaran dan mengukur.


     Menurut artikel tentang Ethnomatematik oleh Chad Larson, ethnomatematik adalah satu kajian tentang perbezaan budaya dan matematik.  Matlamat ethnomatematik adalah memahami budaya dan pemahaman matemataik tetapi terutamanya untuk menghargai perkaitan  antara kedua-duanya. Ethnomathematics telah dicipta oleh ahli matematik Brazil bernama Ubiratan D'Ambrosio pada tahun 1977. Ethnomathematics dilihat bagaimana budaya yang berbeza menggunakan matematik dan bagaimana mereka menggabungjalinkannya ke dalam kehidupan seharian mereka. Tidak semestinya dalam bilik darjah matematik, tetapi dalam perkara-perkara sebenar yang mereka melakukan dan membuat, seperti permainan, reka bentuk, seni dan kraf, dan reka bentuk hiasan. Dengan mengkaji dan menganalisis ethnomathematics perkara itu mula untuk lebih difahami bagaimana masyarakat dengan budaya yang berbeza ini berfikir, bekerja, dan kaitkan dengan orang lain dalam budaya mereka sendiri, serta dunia di sekeliling mereka.
     Salah satu contoh yang telah diamalkan oleh penduduk Tchokwe penduduk di Angola, di pantai barat Afrika. Selama berabad-abad piktogram digunakan sebagai satu cara untuk bercerita di kampung atau kem memburu mereka. Lukisannya dilakukan dalam pasir oleh pencerita yang berpengalaman. Kanak-kanak lelaki juga mampu melukis gambar-gambar rumit kerana mereka berkembang melalui kehidupan itu. Namun, banyak seni ini hilang kerana penjajahan dan dagangan hamba abdi. Dalam budaya Islam juga simetri digunakan dalam pembinaan masjid, istana, pintu dan sebagainya yang melibatkan corak geometri.contoh-contoh lain adalah amalan daripada knot mengikat, yang dipanggilan Quipu, yang telah dilakukan oleh kaum India Inca.
     Walaupun ramai yang mengamalkan ethnomatematik dalam kehidupan harian, ada juga pihak yang tidak setuju dan menyatakan ethnomatematik tidak seharusnya dianggap sebagai bidang matematik kerana mereka berkata ia mempunyai lebih banyak ciri-ciri antropologi. Mereka merasakan bahawa kebanyakan kerja adalah berdasarkan kepada budaya ia benar-benar tidak mempunyai temapat dalam bidang matematik.
Pada pendapat saya, matematik dan budaya adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Pada kebiasaanya sesuatu pelajaran tidak bertindak bersendirian dan biasanya ia berkait dengan sesuatu. Corak, piktogram dan amalan knot adalah bidang-bidang matematik yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Matematik adalah antara bidang yang berkait rapat dengan pelbagai bidang lain. Oleh itu, ethnomatematik harus diterima oleh semua dan perlu dipraktikkan bidang matematik dalam kehidupan seharian dan bukannya dianggap bidang pelajaran semata-mata.


     Satu artikel ditulis oleh Sara Merrett dan Julie-Ann Edwards mengenai Enhancing Mathematical Thinking With an Interactive Whiteboard. Penulis telah membuat kajian tentang keberkesanan penggunaan interactive whiteboard di dalam bilik darjah. Namun, membeli interactive whiteboard(IWB) itu sendiri akan memakan kos RM15,000.  Pengkaji menggunakan perisian IWB untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran murid untuk kelas yang terpilih. Pengkaji memilih sesuatu topic iaitu bentuk dan ruang di mana pengkaji boleh menunjukkan sisi, sudut, tepi dan sebagainya.
     Pengkaji menjalankan P&P dalam kelas tertentu didapati murid-murid sangat berminat, tidak ada murid yang mengganggu kelas. Ada pula murid yang menonton seperti kartoon. Walaupun selama ini sudut dan garisan di dalam bentuk 3-D adalah sekadar imaginasi, kini mereka boleh lihat sendiri dari pelbagai sedut. Apabila latihan disediakan dan murid berinteraksi pada IWB murid sangat senorok dan mengulang latihan yang sama berulang kali. IWB sememangnya tidak sama fungsinya dengan papan putih sama.
     Penggunaan peralatan yang baru seperti ini akan membantu guru dan murid meningkatkan motivasi. Murid yang tidak meminati matematik akan mula menyukai matematik dan akan belajar sesungguh-sungguh.


     ICT in the Teaching of Science and Mathematics in Year 8 in Australia adalah artikel tentang membangunkan kemahiran ICT pelajar supaya mereka dapat menyertai sepenuhnya dalam masyarakat moden. Ia dianggap Matlamat Kebangsaan Persekolahan yang menyatakan bahawa apabila pelajar meninggalka sekolah, mreka ‘harus yakin, kreatif dan produktif pengguna teknologi baru, terutamanya teknologi maklumat dan komunikasi dam memahami kesan teknologi mereka pada masyarakat. Kedua merujuk kepada penggunaan ICT untuk memudahkan pendekatan baru untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah .
     Keberkesanan, kos ekuiti dan kemampuan berkaitan isu-isu yang mesti ditangani apabila meninmbangka n kesan keseluruhan penggunaan ICT dalam pendidikan. Keberkesanan pendidikan ICT bergantung pada bagaiman ia digunakan dan untuk apa tujuan. Di Asia dan Afrika, penilaian projek pembelajaran jarak jauh di peringkat menengah pertama menggunakan gabungan cetak manakala di peringkat sekolah rendah, terdapat sedikit bukti bahawa model berasaskan ICT telah berkembang pesat.
     Sebaliknya, penilaian penggunaan komputer, teknologi internet dan yang berkaitan untuk pembelajaran telah sama-samar. Tiada perbezaan yang signifikan antara skor ujian pelajar yang mengambil kursus pembelajaran jarak jauh berasaskan ICt dan muka-muka arahan yang menerima.
     Walaupun penggunaan ICT meningkat, ia turut meningkatkan perbelajaan menyelenggara. Kos menyelenggara juga adalah tinggi. Dimanakah sekolah boleh mendapatkan sumber kewangan untuk membaiki peralatan tersebur.


     Satu kajian dijalankan dengan tajuk Mathematics Teachers’ learning About And Incorporation of ICT into Classroom Practices oleh Cosette Crisan. Kajian dijalankan untuk mengetahui pengetahuan ICT guru di kalangan guru-guru di Bandar Z. Kajian dijalankan ke atas 7 orang guru (4  orang guru perempuan,  3 orang guru lelaki. Data dikumpul melalui temuduga dengan guru-guru dan membuat pemantauan dalam peningkatan guru.
     Antara kekangan yang dihadapi oleh guru-guru ialah konteks sekolah,  ketersediaan dan akses kepada kemudahan ICT dan sumber, kemahiran ICT dan guru-guru professional pembangunan ICT, etos jabatan dan orang penting dalam menggalakkan penggunaan ICT dan dasar jabatan yang berkaitan utuk mengintegrasikan ICT ke dalam skim Matematik.
     Terdapat banyak bukti apabila menganalisis data untuk mencadangkan bahawa, apabila belajar mengenai ICT, guru mengembangkan asas konsep untuk mengajar matematik dengan ICT yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, kefahaman dan keutamaan dan pandangan mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik dengan ICT. Kepakaran pedagogi dengan ICT telah disifatkan oleh peribadi yang menyertai guru mengamati dan menggunkan potensi aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dalam cara amalan  yang berbeza mengikut peribadi ke dalam bilik darjah.
     Pengalaman dengan ICT, didapati penting dalam mereka pengambilan dan pemerbadanan ICT. Sumber lain ialah kebijaksanaan guru kepada amalan, telah diajar tanpa ICT untuk beberapa tahun, professional pembangunan dan kebijaksanaan ICT mereka yang dibangunkan sebagai hasil daripada menggunakan ICT dalam pengajaran mereka.
     Pada pendapat saya, guru-guru perlu meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan ICT supaya boleh berada pada kedudukan yang sama dengan Negara-negara maju lain. Guru akan menjadi role model mereka kepada murid-murid supaya mereka bermotivasi untuk menggunakan ICT.


     Satu artikel ditulis oleh Ruba Abu Hassana bertajuk ICT as a Learning Tool. Pengajaran tradisional adalah pengajaran muka ke muka dan menanya secara oral dan bertulis. Kini dengan adanya teknologi terkini, ia menggalakkan guru-guru untuk mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran.
     Satu kajian telah dijalankan. Hasil kajian mendapati 70% guru menggalakkan murid untuk meninjau sendiri tentang tajuk yang dipelajari. Manakala 30% guru mengatakan murid akan menjelajah sendiri untuk mendapatkan maklumat atau informasi. Ada juga guru yang menggunakan CD-Rom yang dijual di pasaran untuk mempelagaikan pengajaran. Ada juga guru yang menyalahkan ketiadakadaan CD-Rom untuk mengajar menggunakan ICT. Bahan-bahan hiburan seperti cerita dan permainan akan menambah lagi penggunaan komputer.
     Kajian juga mendapati 70% guru mampu mengendalikan laptop sekolah. 60% orang guru tidak dapat mengawal kelas kerana penggunaan ICT. Kurang penilaian yang dapat dijalankan di dalam kelas kerana kelas lebih bertumpu kepada penggunaan ICT sebagai interaksi dan bukannya sesuatu kemahiran yang perlu dikuasainya.
     Membenarkan murid melayari internet ketika waktu lapang akan memberi pengalaman kepada murid-murid untuk mudah dipelajari. E-learning diamalkan di sekolah dan bukannya ICT diajar di sekolah. E-learnig akan membantu menguasai kemahiran ICT. Salah satu cadangan adalah untuk memasukkan ICT dalam kurikulum.
     Ada murid yang menggunakan komputer di rumah dan mengaplikasikan apa sahaja yang dipelajari di rumah. Ini akan membantu murid-murid tertentu itu untk menguasai kemahiran dengan lebih cepat.


     Artikel Does ICT Improve Learning and Teaching in Schools? ditulis oleh Steve Higgins. Kajian menunjukkan bahawa ICtboleh membuat perbezaan dalam pembelajaran murid-murid.  Kajian yang lebih besar menyatakan ada hubungan positive di antata peruntukan atau kegunaan sumber ICT dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
     ICT meningkatkan latihan bagaimana hendak meningkatkan dalam pembelajaran. Komputer boleh memotivasikan murid untuk membuat lebih banyak latihan dam memastikan merekaa berlatih pada tahap yang mencabar. Kenalpasti bahagian yang sukar untuk menggunakan ICT.
     Informasi akan sentiasa ditukar dan senang untuk dinilai. Komputer harus digunakan untuk mempersembahkan maklumat dengan cara yang berbeza. Murid perlu memanipulasikan dan membuat perubahan supaya dapat membangunkan pemahaman perhubungan di antara informasi yang berbeza. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk membina perhubungan di antara pengajaran lain dan apa yang mereka buat pada komputer.
     Pembelajaran menggunakan komputer dengan sendirinya akan mewujudkan semangat belajar yang tinggi terhadap murid. Murid akan mula mengexplore sendiri apa-apa yang baru. Komputer boleh digunakan secara effektif dalam pelbagai cara dalam meningkatkan penguasaan pengajaran dan pembelajaran murid secara individu, kumpulan dan guru yang difokuskan untuk perbincangan. Ict juga membantu murid membuat penaakulan, pemahaman dan kreativiti dalam pelbagai kaedah.


Artikel 11: Klik di sini
Tajuk: Teaching Mathematics Concepts Using a Multicultural Approach
By: Frederick L. Uy, California State University

Kritikan:
     Artikel ini banyak membincangkan mengenai kepentingan kepelbagaian budaya dalam pengajaran subjek matematik. Ini adalah selari dengan kehadiran murid yang berbeza adat budaya di dalam kelas. Untuk memenuhi tuntutan tersebut, artikel ini telah menggariskan beberapa kepentingan menvariasikan pendekatan kepelbagaian budaya kedalam pengajaran di sekolah.
     Pertama, mengintegrasikan topik pengajaran matematik dengan kehidupan manusia (minat dan nilai estetika). Kedua, memaksimakan penglibatan semua pelajar untuk meningkatkan tahap keyakinan mereka. Ketiga, mewujudkan pendekatan pembelajaran secara holistik yang boleh diintegrasikan dengan disiplin matematik yang lain. Ini dapat membuktikan penggunaan matematik secara meluas dalam kumpulan-kumpulan masyarakat yang pelbagai. Keempat, memperbetulkan ketidaktepatan kefahaman matematik dalam budaya yang pelbagai. Sekaligus, ia dapat meningkatkan kesejagatan matematik, mengiktiraf dan mengakui kewujudan matematik dalam budaya yang lain. Kelima, memberi pendidikan terhadap kesedaran latar belakang budaya pelajar. Keenam, menggalakan pemikiran secara kritikal dalam budaya yang pelbagai.
     Menurut artikel ini, terdapat pelbagai pihak yang terlibat dalam menggunakan atau memanfaatkan kepelbagaian budaya dalam pengajaran matematik. Sumbangan pihak-pihak tersebut adalah sangat penting untuk memastikan kejayaaan pengajaran subjek yang berkesan dan adil di dalam kelas. Antara pihak yang terlibat ialah guru, penyelia dan pengggubal kurikulum, pihak pentadbir sekolah dan juga ibu bapa.  Secara kesimpulannya, pengintegrasian kepelbagaian budaya didalam pengajaran subjek matematik tidak hanya memberi manfaat kepada murid tetapi juga kepada guru dan keseluruhan masyarakat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam P&P matematik. Pada pendapat saya, apabila gutu berjaya memahami latar belakang budaya murid yang pelbagai, mereka seharusnya berupaya mewujudkan satu pembelajaran matematik yang menyeronokkan tanpa menyentuh sensitiviti sesuatu budaya atau kaum.


Artikel 10: Klik di sini
Tajuk: INNOVATIONS IN TEACHING OF MATHEMATICS
By Rachna Patel

Kritikan:
     Elemen utama yang ditekankan dalam artikel ini ialah pengajaran matematik bukan sahaja tertumpu kepada kaedah untuk melakukan pengiraan tetapi apa yang lebih ditekankan ialah pemilihan kandungan matematik dan komunikasi sesuai yang boleh membawa kepada kefahaman murid-murid. Oleh itu, guru mesti berupaya mempelbagaikan keadah pengajaran, strategi dan sumber pedagogi yang boleh diguna pakai ketika P&P berjalan di dalam kelas.
     Artikel ini telah membincangkan pelbagai inovasi dan praktik inovatif yang boleh dilakukan oleh guru untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran matematik yang memberangsangkan. Pertama, pelaksanaan strategi pembelajaran secara masteri. Ia sangat berguna dalam memastikan keberkesanan pembelajaran asas matematik. Kedua, kaedah penyampaian isi kandungan matematik di dalam kelas. Keadah yang dicadangkan di dalam artikel ini sangat berguna. Contohnya kaedah inducto-deduktif, analytico-synthetic, problem solving, play-way, dan laboratory method. Pendedahan yang diperoleh daripada pembacaan artikel ini sangat membantu guru kerana di malaysia kita lebih fokus untuk menggunakan kaedah penyelesaian masalah semata-mata.
     Ketiga ialah bahan pedagogi yang digunakan semasa P&P yang merangkumi penggunaan alat bantu mengajar (carta, manipulatif, komputer dan televisyen) dan aktiviti pengajaran yang bervariasi. Artikel ini juga tekah menyatakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru untuk menginovasikan pengajaran mereka supaya relevan dengan tahap pemikiran dan pembelajaran murid. Kesimpulannya, artikel ini sangat berguna kepada guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif, kondusif dan efektif, seiring dengan tuntutan persekitaran murid yang telah berubah mengikut peredaran zaman.


Artikel 9: Klik di sini
Tajuk: INTEGRATING ICT IN MATHEMATICS TEACHING METHODS COURSE: HOW HAS ICT CHANGED STUDENT TEACHERS’ PERCEPTION ABOUT PROBLEM SOLVING
By Shafia Abdul Rahman, Munirah Ghazali & Zurida Ismail, Universiti Sains Malaysia.

Kritikan:
     Pendekatan pengajaran penyelesaian masalah merupakan satu teknik pengajaran yang semakin popular dewasa kini. Artikel ini telah membincangkan mengenai isu guru pelatih subjek Matematik tidak mengajar proses dan teknik penyelesaian masalah sebagai satu bahagian penting proses pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, manfaat utama yang boleh diperoleh daripada pembacaan artikel ini ialah bagaimana untuk mengubah kepercayaan dan persepsi guru-guru pelatih tentang kaedah mengajar penyelesaian masalah supaya mereka boleh menjadi penyelesai masalah yang lebih baik untuk  diri mereka sendiri dan berupaya untuk menggalakkan murid untuk membangunkan pelbagai strategi penyelesaian masalah semasa sesi P&P.
     Artikel ini sangat berguna kerana ia berupaya mendedahkan guru pelatih kepada faedah penggunaan ICT dalam penyelesaian masalah matematik. Ini adalah kerana penggunaan ICT dapat meningkatkan perkembangan konsep matematik yang lebih meluas dikalangan murid. Selain itu, penggunaan teknologi dapat menjimatkan masa serta menyediakan akses yang lebih luas kepada murid untuk meneroka konsep-konsep matematik yang ingin diselesaikan. Selain daripada itu, artikel ini juga membincangkan mengenai sikap dan kebimbangan guru pelatih dalam penggunaan komputer dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik. Persepsi ini harus diperbetulkan kerana penggunaan komputer yang efektif dalam memudahkan P&P dan menjadikannya lebih menarik serta menyeronokkan.
     Kepentingan yang diperolehi daripada pembacaan artikel ini ialah ia dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih betapa mudahnya menjalankan pengajaran tajuk penyelesaian masalah matematik dengan pengintegrasian teknologi ICTdalam sistem pendidikan matematik. Ini adalah seiring dengan peranan ICT yang dipercayai dapat menyokong dan meningkatkan keupayaan guru pelatih melihat masalah dan merangka cara pengajaran penyelesaian masalah mengikut konteks pembelajaran alaf baru yang lebih berkesan.


Artikel 8: Klik di sini
Tajuk : TEACHING EFFICACY BELIEFS OF PRIMARY SCHOOL TEACHERS IN USING ENGLISH TO TEACH MATHEMATICS AND SCIENCE
By Kon Yoon How

Kritikan:
     Artikel ini sangat berguna untuk dijadikan sebangai panduan oleh guru Matematik kerana ia melibatkan satu kajian yang telah dilakukan untuk mengetahui sama ada Keberkesanan Pengajaran peribadi (PTE) atau Keberkesanan Pengajaran Am (GTE) dapat mempengaruhi dalam menentukan kepercayaan keberkesanan pengajaran guru. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pencapaian akademik peribadi guru dalam bahasa Inggeris semasa di bangku sekolah tidak menyumbang dalam menentukan keberkesanan pengajaran guru-guru di dalam kelas.
     Artikel ini turut mengupas isu mengenai pelaksanaan ETeMS ke dalam sistem pendidikan di Malaysia. Seiring dengan pelaksanaannya, terdapat pelbagai reaksi positif dan negatif yang telah dibangkit oleh pihak guru khususnya. Secara tidak langsung terhadap pertikaian terhadap tahap keberkesanan pengajaran subjek matematik oleh guru apabila mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran. Terdapat beberapa isu yang ingin diutarakan didalam artikel ini. Pertama, apakah tahap kepercayaan keberkesanan guru-guru dalam menggunakan bahasa Inggeris semasa pengajaran subjek Matematik?. Kedua, adakah Keberkesanan Pengajaran peribadi (PTE) atau Keberkesanan Pengajaran Am (GTE) dapat memberi pengaruh dalam keberkesanan pengajaran guru?. Ketiga, adakah kepercayaan keberkesanan guru Matematik dipengaruhi oleh pencapai mereka dalam ujian MCE atau peperiksaan SPM?
     Pada pendapat saya, kupasan isu-isu ini telah berjaya membuka minda saya bahawa keberkesanan penggunaan bahasa Inggeris dikalangan guru Matematik tidak dipengaruhi oleh pencapai akademik mereka yang terdahulu. Dengan adanya minat dan kemampuan mereka untuk cuba memperbaiki kelemahan mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris, ia berupaya meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka di dalam kelas.


Artikel 7: Klik di sini
Tajuk : TEACHERS PERSPECTIVE OF USING ENGLISH AS A MEDIUM OF INSTRUCTION IN MATHEMATICS AND SCIENCE SUBJECTS
By Norudin Mansor, Mohamed Ishak Badarudin & Azman Che Mat,  Universiti Teknologi MARA, Academy of Language Studies, Malaysia

Kritikan:
     Artikel ini menjurus kepada perspektif guru dalam menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran subjek Matematik dan Sains. Matlamat utama artikel ini ialah untuk mengkaji perspektif guru yang tinggi terhadap prestasi murid selepas pelaksanaan Matematik dan Sains mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris untuk sekolah rendah dan menengah.
     Kesimpulannya, kepentingan artikel ini ialah ia dapat memberi gambaran tentang bagaimana guru boleh memahami kekuatan antara teknik pengajaran, sikap guru serta murid dan persekitaran pembelajaran yang mempunyai kaitan yang  ketara ke arah meningkatkan prestasi murid di sekolah.


Artikel 6: Klik di sini
Tajuk: Students’ Perception On Teaching And Learning Mathematics In English
By Aziz bin Nordin, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia

Kritikan:
     Artikel ini membincangkan kepentingan komunikasi berkesan untuk memahami konsep matematik yang diajar di dalam kelas. Kelebihan artikel ini ialah ia membincangkan mengenai senario dan gamabaran sebenar semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek sains dan matemetik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Ia juga menyatakan bahawa pelajar bersetuju penggunaan bahasa Inggeris sangat berguna terutama untuk mendapat peluang kerjaya yang lebih cerah. Walau bagaimanapun, penggunaannya dalam pengajaran subjek Matematik telah menjadikan sesi P&P menjadi amat sukar dan mencabar. Faktor utama yang dikenalpasti didalam artikel ini ialah kekurangan keupayaan murid dalam memahami arahan serta perkara yang di ajar menggunakan bahasa Inggeris.
     Umum telah mengetahui bahawa pengajaran subjek matematik itu sendiri adalah susah. Oleh itu, dengan adanya tambahan penggunaan bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran sedikit sebanyak telah menyebabkan murid-murid menganggap kurikulum matematik tidak relevan dengan kehidupan seharian mereka, guru matematik mereka tidak berminat dalam mata pelajaran yang diajar serta tidak membantu murid dan kekurangan bahan bacaan di sekolah dan di rumah.
     Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti menyumbang kepada persepsi murid dalam pembelajaran matematik menggunakan bahasa Inggeris. Pertama, latar belakang murid serta masalah dalam pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris. Kedua, minat murid dalam mempelajari subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serring berkait rapat. Ketiga, tahap kefahaman murid dalam subjek Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris sebangai medium pengajaran. Keempat, sikap pelajar dalam memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Kelima, korelasi antara prestasi pencapaian pelajar dalam ujian Bahasa Inggeris, Matematik dan mata pelajaran Sains.
     Pada pendapat saya, artikel ini sangat berguna kepada guru-guru subjek matematik. Ini adalah kerana sesi P&P subjek matematik akan jadi lebih menyeronokkan sekiranya kita berjaya mengenalspasti dan menanganii kesemua lima faktor yang telah diterangkan di dalam artikel ini. Sedikit sebanyak ia juga dapat dijadikan sebagai panduan untuk membantu guru mewujudkan suasana pengajaran yang lebih kondusif serta relevan dengan kehendak murid.


Artikel 5: Klik di sini
Tajuk: Preservice Teachers’ Anxieties in Using English to Teach Mathematics: An Exploratory Case Study
By Cheah Ui Hock, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Kritikan:
     Artikel ini memfokuskan kepada kerisauan bakal guru untuk mengajar subjek Matematik menggunakan Bahasa Inggeris. Antara isu yang ditekankan dalam artikel ini ialah pengunaan bahasa sering dikaitkan dengan kesukaran untuk pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik. Ini adalah kerana Matematik lebih dominan dengan penggunaan simbol dan angka berbanding dengan penggunaan bahasa untuk menyampaikan ilmu matematik kepada murid. Tambahan pula dengan adanya soalan penyelesaian masalah dalam bentuk ayat matematik menjadikan pengajaran matematik menggunakan Bahasa Inggeris menjadi semakin sukar.
     Bagi perspektif murid pula, pengajaran matematik menggunakan bahasa kedua menyebabkan pengajaran matematik oleh guru menjadi kurang berkesan. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kekurangan penguasaan bahasa secara tidak langsung telah menjadi kekangan dalam pembelajaran matematik. Oleh itu segelintir pendidik telah mencadangkan bahawa pelajar yang tidak fasih berbahasa Inggeris kurang menunjukkan kemajuan dalam pembelajaran matematik. Selain itu, faktor guru yang tidak boleh bertutur dengan baik juga turut menyumbang kepada ketakutan murid untuk mempelajari subjek matematik.
     Artikel ini turut membincangkan mengenai sistem pendidikan di Malaysia kini yang menekankan kepada komunikasi. Ia dibuktikan bahawa penguasaan dalam bahasa pengantar boleh mempengaruhi pembelajaran matematik kerana bahasa adalah asas komunikasi. Walau bagaimanapun, komunikasi dalam matematik tidak memberi tumpuan hanya kepada bahasa pengantar, tetapi pada bahasa matematik. Hasil daripada kajian yang dijalankan telah mendedahkan bahawa penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pengantaraan dalam pengajaran subjek matematik telah menjadi satu ketakutan kepada bakal guru. Antara kebimbangan mereka ialah takut menyebut perkataan yang salah, kurang fasih dalam pertuturan serta kurang perbendaharaan kata dalam bahasa Inggeris. Pada pendapat saya, hasil kajian ini sangat berguna untuk dijadikan panduan oleh bakal guru sebagai persediaan sebelum menghadapi alam pekerjaan.
     Terdapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ketakutan dalam mengajar Matematik antaranya ialah meningkatkan penggunaan kamus serta terminology berkaitan matematik dalam P&P. Selain itu, mereka boleh meningkatkan tahap pembacaan ilmiah mereka seperti membaca surat khabar dan novel. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketakutan Matematik dikalangan bakal guru.