Artikel Does ICT Improve Learning and Teaching in Schools? ditulis oleh Steve Higgins. Kajian menunjukkan bahawa ICtboleh membuat perbezaan dalam pembelajaran murid-murid. Kajian yang lebih besar menyatakan ada hubungan positive di antata peruntukan atau kegunaan sumber ICT dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
ICT meningkatkan latihan bagaimana hendak meningkatkan dalam pembelajaran. Komputer boleh memotivasikan murid untuk membuat lebih banyak latihan dam memastikan merekaa berlatih pada tahap yang mencabar. Kenalpasti bahagian yang sukar untuk menggunakan ICT.
Informasi akan sentiasa ditukar dan senang untuk dinilai. Komputer harus digunakan untuk mempersembahkan maklumat dengan cara yang berbeza. Murid perlu memanipulasikan dan membuat perubahan supaya dapat membangunkan pemahaman perhubungan di antara informasi yang berbeza. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk membina perhubungan di antara pengajaran lain dan apa yang mereka buat pada komputer.
Pembelajaran menggunakan komputer dengan sendirinya akan mewujudkan semangat belajar yang tinggi terhadap murid. Murid akan mula mengexplore sendiri apa-apa yang baru. Komputer boleh digunakan secara effektif dalam pelbagai cara dalam meningkatkan penguasaan pengajaran dan pembelajaran murid secara individu, kumpulan dan guru yang difokuskan untuk perbincangan. Ict juga membantu murid membuat penaakulan, pemahaman dan kreativiti dalam pelbagai kaedah.
Ekuiti
12 years ago