twitter

Pembentangan - 6 April 2012


     Satu kajian dibuat oleh Thomas Varghese dan Daniel P.McCusker bertajuk On Globalization and Ethnomathematics. Kajian itu berasaskan masyarakat India yang menggunakan matematik dalam kehidupan seharian walaupun mereka tidak pernah ke sekolah. Tidak kira tua atau muda, mereka boleh menggunakan matematik secara bebas tanpa bantuan sesiapa. Pengkaji juga mengkaji pengaruh matematik dalam kehidupan mereka. Ada di antara orang dewasa yang tidak pernah ke sekolah untuk mengikuti kurikulum sekolah namun, mereka boleh menamakan pecahan mengikut bahasa masing-masing.
     Menurut O’Donoghue kehidupan seharian dan aktiviti masyarakat diabaikan oleh pengkaji pengajian matematik sebagai sebahagian daripada pembangunan pengetahuan matematik dan kegunaannya. Kurikulum yang menekankan budaya tempatan supaya dapat diintegrasikan pengetahuan dan kemahiran baru matematik. Masyarakat India menggunakan matematik harian dalam mengira, menyatakan lokasi, mengukur, mereka bermain dan menerangkan. Pada masa yang sama, pantun, teka-teki, permainan dan lagu berkaitan nombor wujud dalam kehidupan masyarakat biasa.
Kolam, lukisan bunga beras  dilikis oleh perempuan Tamil adalah satu contoh terbaik penggabungjalinan bentuk geometri.  Satu lagi amalan adalah permainan tradional ‘pallangguzhi’ ataupun dipanggil congkak.
     Daripada kajian di atas saya mendapati matematik digabungjalinan dalam kehidupan seharian. Walaupun mereka tidak mempelajarinya di sekolah, daripada pemerhatian atau bergaul dengan orang dewasa mereka mempelajarinya daripada ibubapa secara turun temurun. Oleh itu, matematik tidak dapat dipisahkan daripada penggunaan harian mahupun penggabungjalinan dengan bidang-bidang lain seperti permainan, anggaran dan mengukur.

0 comments:

Post a Comment