Satu artikel ditulis oleh Ruba Abu Hassana bertajuk ICT as a Learning Tool. Pengajaran tradisional adalah pengajaran muka ke muka dan menanya secara oral dan bertulis. Kini dengan adanya teknologi terkini, ia menggalakkan guru-guru untuk mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran.
Satu kajian telah dijalankan. Hasil kajian mendapati 70% guru menggalakkan murid untuk meninjau sendiri tentang tajuk yang dipelajari. Manakala 30% guru mengatakan murid akan menjelajah sendiri untuk mendapatkan maklumat atau informasi. Ada juga guru yang menggunakan CD-Rom yang dijual di pasaran untuk mempelagaikan pengajaran. Ada juga guru yang menyalahkan ketiadakadaan CD-Rom untuk mengajar menggunakan ICT. Bahan-bahan hiburan seperti cerita dan permainan akan menambah lagi penggunaan komputer.
Kajian juga mendapati 70% guru mampu mengendalikan laptop sekolah. 60% orang guru tidak dapat mengawal kelas kerana penggunaan ICT. Kurang penilaian yang dapat dijalankan di dalam kelas kerana kelas lebih bertumpu kepada penggunaan ICT sebagai interaksi dan bukannya sesuatu kemahiran yang perlu dikuasainya.
Membenarkan murid melayari internet ketika waktu lapang akan memberi pengalaman kepada murid-murid untuk mudah dipelajari. E-learning diamalkan di sekolah dan bukannya ICT diajar di sekolah. E-learnig akan membantu menguasai kemahiran ICT. Salah satu cadangan adalah untuk memasukkan ICT dalam kurikulum.
Ada murid yang menggunakan komputer di rumah dan mengaplikasikan apa sahaja yang dipelajari di rumah. Ini akan membantu murid-murid tertentu itu untk menguasai kemahiran dengan lebih cepat.
Ekuiti
12 years ago