Artikel School Culture : The Hidden Curriculum ditulis oleh Craig D. Jerald. Menurut penulis apabila berjalan masuk ke dalam sebuah sekolah yang terbaik dengan segera satu suasana aman,seronok dan vibrant sense akan didapati. Murid-murid akan menjalankan aktiviti mereka dengan sendiri. Guru-guru membincangkan hal tugas masing-masing. Guru dan murid berada dalam keadaan gembira. Sekiranya semua orang tahu siapakah mereka dan mengapakah mereka berada di situ, dan murid dan staf saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Ramai pendidik beranggapan sekolah yang efektif adalah sekolah yang selamat dan ada yang mengatakan menyediakan satu suasana atau persekitaran yang aman dan kondusif. Satu situasi aman atau positive tidak wujud sekiranta tiada keganasan, masalah disiplin dan geng. Yang paling penting adalah memotivasi murid untuk bekerja keras ke arah tujuan umum.
Budaya sekolah tidak melambangkan murid sahaja malah juga staf. Guru dan pemimpin sekolah perlu bekerja untuk membina norma positive terhadap kerja sendiri. Apabila guru percaya mereka sedang bergerak kea rah mencapai hasil yang positive maka mereka akan bekerja secara kolabrative untuk mencapai hasil tersebut. Membina budaya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat dalam semalaman.
Organisasi juga perlu ada visi dan misi yang perlu diamalkan di sekolah. Kekuatan budaya bergantung kepada tindakan, tradisi, simbol, majlis dan upacara yang membawa kea rah mencapai visi.
Ekuiti
12 years ago