twitter

Pembentangan - 6 April 2012


     Satu kajian dibuat oleh Cheryl Ernst, Ethnomathematics Shows Students Their Connections to Math dimana penulis tidak suka matematik sedangkan penulis bekerja sebagai ahli matematik. Pada ketika itu mujur ada seorang guru yang berpengaruh di sekolah yang menyedarkannya matematik bukan apa yang dipelajari di dalam kelas sahaja, malah lebih daripada itu.
     Baru-baru ini penulis telah pergi spearfishing bersama rakan-rakan dimana beliau dapat melihat banyak konsep matematik di setiap tempat. Hari ini sebagai seorang pembantu professor matematik di Universiti Hawaii-BaratO’athu, beliau membantu pelajar benci-matematik melihat hubungan dan aplikasi matematik dengan semangat yang sama. Usaha beliau dalam menggunkan dan berkongsi satu konsep yang dipangggil ethnomathemathics.
     Adalah penting bahawa pelajar tahu apa yang ditulis dalam buku teks kerana ia mengandungi maklumat penting.  Bagaimanapun, tidak kurang kritikal bagi pejalar kita memahami dan sedar bahawa nenek moyang mereka telah belayar beribu-ribu batu merentasi Lautan Pasifik tanpa apa-apa jenis alat dan pelayaran moden.  Nenek moyang mereka menggunakan matahari, bulan, bintang, angin air pasang, corak burung berhijrah dan banyak lagi. Mereka tidak dipanggil ahli sains atau ahli matematik. Sebaliknya dipanggil pelayar dan nelayan.
     Ethnomathematics mempunyai identity unik dan cirri-ciri setiap pelajar. Mereka mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam kelas matematik. Kita perlu melakukan sesuatu atau semua yang kita mampu untuk menyokong mereka.

0 comments:

Post a Comment