twitter

Pembentangan - 6 April 2012


     Artikel School Culture oleh Andrew D. Kitchenham menyatakan bahawa setiap organisasi ada budaya , sejarah dan harapa yang tidak tertera dalam membentuk setiap perkara di dalam sekolah. Budaya sekolah mempengaruhi cara orang berfikir, perasaan dan berkelakuan. Memahami bentuk budaya adalah kunci kejayaan sekolah dalam promosikan staf dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
     Apabila sekolah mempunyai budaya profesionalisme positive, seseorang mendapati perkembangan staff yang positif, perubahan kurikulum yang Berjaya dan penggunaan persembahan murid yang baik.
     Sekolah yang mempunyai budaya kerja yang negative akan menyebabkan sekolah tersebut tidak tentu hala dan tidak akan dapat menghasilkan murid yang berwibawa dan akan terjerumus dalam gejala sosial kerana di sekolah mereka tidak dibentuk dengan budaya yang positive dan juga tanpa panduan yang betul.
     Perkembangan staff : staff perlu berinteraksi antara satu sama lain dalam membina idea bagi pembentukan murid yang Berjaya. Bekerja secara kolabratif akan membina semangat di kalangan guru untuk bekerja ke arah kejayaan.
     Pemimpin juga perlu mengamalkan nilai-nilai moral dalam menjalankan tugas harian. Mereka boleh membentuk budaya, sikap dan tradisi di sekolah tersebut supaya semua orang boleh mencontohinya.

0 comments:

Post a Comment