Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
Selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah bagi mengatasi sistem pendidikan kini yang berorientasikan peperiksaan. Transformasi pendidikan yang telah dilaksanakan mulai 2010 adalah melalui pelaksanaan sistem penilaian pelajar berasaskan sekolah bagi mengatasi system pendidikan kini yang berorientasikan peperiksaan.Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walaupun PBS merupakan satu langkah penyelesaian untuk mengatasi msalah penilaian matematik di Malaysia, namun masih terdapat beberapa isu yang perlu diperbaiki
Isu pertama: Kepimpinan Guru Besar
Guru Besar merupakan ketua dalam sesuatu organisasi sekolah yang perlu mengendali sekolah dengan bijak. Namun demikian, masih terdapat segelintir guru besar yang tidak mengetahui ilmu dalam bidang pentaksiran termasuklah prinsip asas dalam pentaksiran pendidikan, pengendalian, penentuan standard dan penggunaan hasil pentaksiran. Ini menyebabkan guru besar kurang memberi kerjasama kepada guru dalam menjalankan PBS di sekolah. Contohnya, guru besar tidak menyediakan bajet yang secukupnya untuk membeli file murid.
Terdapat juga guru besar yang terpengaruh dengan politik yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi bidang pendidikan dan professionalisme mereka. Yusof & Mohd Musa (2011), menyatakan bahawa guru besar tidak seharusnya turut terikut-ikut oleh emosi sesetengah pihak yang menghentam tanpa usul periksa institusi pendidikan negara termasuk institusi pentaksiran. Mereka seharusnya merujuk pekeliling dan prosedur serta menggunakan kebijaksanaan yang berasaskan ilmu dan bacaan dalam bidang berkaitan.
Isu Kedua: Peranan Guru
Guru akedemik juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan sistem penilaian yang berkesan di Malaysia. Semenjak PBS diperkenalkan di sekolah, terdapat pelbagai reaksi yang telah diberikan oleh guru. Menurut kajian yang dilakukan oleh Gan (2000), kebanyakan guru merasakan perubahan pendidikan telah meningkatkan beban kerja mereka. Guru bukan saja perlu mengajar tetapi juga melakukan kerja-kerja pentadbiran dan kokurikulum. Guru juga perlu mentaksir dan mengajar dalam masa yang sama. Ini adalah kerana mengikut sistem PBS, penilaian dan pengajaran matematik akan berlaku pada masa yang sama untuk sepanjang tahun.
Tan (2010) dalam kajiannya pula menyatakan bahawa PBS menambah beban tugas guru di sekolah yang memang telah dibebani dengan tugas-tugas pentadbiran dan kokurikulum. Ini menyebabkan guru melaksanakan pentaksiran sebagai satu produk dan bukan sebagai satu proses. Terdapat guru yang kurang pemahaman terhadap dasar dan konsep pentaksiran. Ini adalah kerana mereka mungkin tidak dipanggil mengikuti kursus PBS tetapi telah diminta oleh pihak sekolah melakukan penilaian secara PBS. Selain daripada itu, ramai guru yang bukan opsyen mengajar subjek Matematik. Keadaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan kompetensi guru tersebut sebagai pembimbing dan pemudahcara melaksanakan pentaksiran di dalam bilik darjah sering dipersoal kerana kurang profesional.
Isu Ketiga: Batasan atau Kekangan
Terdapat beberapa batasan dalam melaksanakan PBS di sekolah. Pertama, ialah kekangan masa. Penilaian secara PBS memerlukan jangka masa yang panjang kerana ia berlaku sepanjang tahun dan secara berterusan. Ini sangat berbeza dengan sistem penilaian berorientasiakan peperiksaan bertulis yang hanya dijalankan sekurang-kurangnya dua tahun sekali sahaja.
Kedua, ialah tahap kebolehpercayaan yang rendah. Keadaan ini merujuk kepada ketekalan (consistency) alat pengukur dalam mengukur aspek yang hendak diukur (Xu, 2003). Apabila guru-guru diberi kebebasan untuk melakukan penilaian secara sendiri, terdapat kemungkinan instrumen yang dihasilkan oleh guru bukan opsyen yang mengajar matematik tidak memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan. Secara tidak langsung, ini menyebabkan penilaian terhadap murid-murid tidak begitu berkesan.
Batasan yang ketiga pula ialah, teknikal dan professional. Seperti yang kita semua tahu, PBS adalah satu cara penilaian yang masih baru. Ada sesetengah guru tidak begitu mahir dalam membentuk instrumen dalam penilaian. Jadi, latihan yang secukupnya perlu diberi kepada semua guru matematik yang terlibat.
Isu Keempat: Bias dalam Penilaian
Dua aspek yang boleh menyumbang kepada bias dalam penilaian. Pertama ialah bias dari segi pemerhatian. Permerhatian guru adalah subjektif dan terdapat perbezaan antara pemerhatian setiap guru. Hasilnya, guru sukar membezakan pelajar yang berpura-pura faham dan benar-benar faham. Selain itu, guru hanya menilai apa yang nampak pada mata kasar sahaja.
Kedua ialah bias dari segi lisan. Dalam sesetengah kelas, ada pelajar yang kurang memberi respon apabila ditanya dan keadaan ini menyebabkan penilaian sukar dilakukan oleh guru. selain itu, soalan dijawab beramai-ramai menyebabkan guru sukar menentukan kefahaman individu murid.
4 May 2012 at 14:36
follow us back ;) tq
nice blog